fb fb fb fb fb

KPDNHEP adakan sesi libat urus, tentukan harga maksimum minyak masak botol

PUTRAJAYA, 26 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri bagi membolehkan pewartaan harga maksimum minyak masak botol.

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid berkata sesi libat urus itu dijangka mengambil masa seminggu bagi meneliti harga minyak semasa.

Ini berikutan harga minyak sawit mentah dunia mula turun 3,000 per tan dan dijangka akan turun lagi.

"Kita bergantung kepada harga minyak semasa, kita tidak boleh tentukan dan saya yakin harga maksimum ini akan berubah sebab kita bergantung pada sumber asal minyak tersebut.

"Kalau harga minyak masak mentah (CPO) naik kita terpaksa naikkan, kalau CPO turun kita kena turunkan, itu sepatutnya untuk adil kepada pengguna," katanya.

(Rosol Wahid)

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Prapelancaran Cabutan Bertuah 'Belanja dan Menang' Program Jualan Malaysia (PJM) 2022, di sini hari ini.

Rosol berkata, pihak industri masih tidak lagi menurunkan harga dengan alasan stok lama termasuk menunggu konsultasi daripada pengilang.

Media Baharu