fb fb fb fb fb

Petunjuk tadbir urus dunia: Kedudukan Malaysia bertambah baik - Zafrul

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Petunjuk Tadbir Urus Dunia jelas menggambarkan bahawa Malaysia berjaya menambah baik kedudukannya berbanding 10 tahun lepas khususnya dari segi suara dan akauntabiliti, kualiti kawal selia, kedaulatan undang-undang dan kawalan terhadap dimensi rasuah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kedudukan Malaysia juga lebih tinggi berbanding purata rantau Asia Timur dan Pasifik terutama dari segi keberkesanan kerajaan dan dimensi kualiti kawal selia.

“Menyedari kepentingan pendekatan seluruh kerajaan, kami telah memperluas Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan (NCC) bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram kepada 17 agensi dan kementerian.

"Tanpa itu, usaha Pencegahan Pengubahan Wang Haram/Membanteras Pembiayaan Keganasan yang berkesan di Malaysia tidak akan dapat dilaksanakan,” katanya.

(Tengku Datuk Seri Zafrul berucap dalam Mesyuarat Tahunan Kumpulan Asia/Pasifik
mengenai
Pengubahan Wang Haram)

Jelas Tengku Zafrul, terdapat projek yang sedang dijalankan untuk mendapatkan semula RM5 bilion dalam tempoh lima tahun berikutan kehilangan hasil akibat penyeludupan rokok dan minuman keras.

“Secara keseluruhannya, saya ingin menegaskan bahawa komitmen di seluruh agensi kerajaan membuahkan hasil. Pada 2021, pendedahan laporan transaksi yang mencurigakan telah berjaya menghasilkan 70 tangkapan pelbagai kesalahan. RM136 juta hasil jenayah dibekukan atau disita. Pemulihan pendapatan berjumlah lebih RM255 juta," katanya dalam Mesyuarat Tahunan Kumpulan Asia/Pasifik mengenai Pengubahan Wang Haram (APG) di sini.

Media Baharu