fb fb fb fb fb

Waspada urusan pengambilan tanah bagi pembangunan ekonomi

(Rosli Isa (dua dari kiri) pada majlis penutup Seminar Pengambilan Tanah 2022 hari ini)

BANGI, 26 Julai- Urusan pengambilan tanah bagi pembangunan ekonomi perlu dilakukan secara waspada.

Ini kerana setiap tindakan yang diambil tidak boleh melampaui Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sesahihannya mungkin dicabar di mahkamah jika disalah urus.

"Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang undang boleh memperuntukkan pengambilan dan penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi," katanya pada majlis penutup Seminar Pengambilan Tanah 2022, di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa.

(Takiyuddin/FOTO BERNAMA)

Menurut Takiyuddin proses pengambilan tanah milik bukan mudah kerana tertakluk kepada prosedur.

"Proses pengambilan tanah milik bukan mudah, ia tertakluk kepada prosedur-prosedur menurut peraturan yang telah ditetapkan. Pada peringkat awal, ketentuan mengenai tanah, keluasan yang terlibat, jumlah pampasan dan mereka yang menerima pampasan mesti dipastikan.

"Prosedur seterusnya selepas itu ialah cukai, pengeluaran hak milik serta pemilikan secara rasmi dibuat. Pengurusan pengambilan balik tanah perlu diuruskan secara berhati-hati kerana jika salah urus ia mungkin akan dicabar kesahihannya di mahkamah.

"Prinsip asas undang-undang tentang hak individu ke atas hartanah perlu dipertahanan dan dipelihara," menurutnya.

Media Baharu