fb fb fb fb fb

LTSAS Ipoh dinaik taraf, pelaburan strategik untuk pembangunan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

IPOH, 25 April- Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh bukan sekadar pembangunan infrastruktur tetapi merupakan pelaburan strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa meskipun pelaksanaannya melibatkan kos yang tinggi, kerajaan tetap komited merealisasikannya demi kemajuan pembangunan negara dan sektor pelancongan di negeri itu.

Beliau berkata, sektor swasta memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur, termasuk kerja-kerja naik taraf lapangan terbang, tanpa bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.

"Dan sekarang, dengan adanya beberapa langkah dan inisiatif swasta ataupun syarikat-syarikat sendiri perundingannya, seperti mana syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), itu akan mengurangkan tekanan beban kerajaan kerana rangkaian ini dapat diusahakan dengan dana, seperti mana naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, ini. Dengan sendirinya memberikan ruang kepada MAHB dan tidak membebankan dana kerajaan", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penambahbaikan dan Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

ROSLINA BINTI DIN