fb fb fb fb fb

Malaysia perlu bina keupayaan domestik agar mampu berdikari- Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

IPOH, 25 April- Malaysia perlu membina keupayaan domestik dan keyakinan, agar mampu berdikari, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita bersepakat bahawa yang pertama yang paling penting adalah membina keupayaan dalaman domestik kita, membina keyakinan rakyat bahawa kita mampu berdikari, mampu membangun dengan kekuatan kita dan jaringan yang bertambah di ASEAN, di rantau Asia, China, India, Australia, Jepun, Korea, dan membuka pasaran-pasaran baharu Eropah dan sekarang kita kian rapat dengan Brazil," katanya.

Beliau menjelaskan demikian dalam Majlis Perasmian Penambahbaikan dan Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.

Sementara itu, Anwar berkata usaha meningkatkan pelancongan domestik perlu diperkasa, selain penyediaan prasarana yang lebih baik.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM