fb fb fb fb fb

Mangsa penderaan emosi akan dirujuk ke OSCC, rawat & beri sokongan

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/ BERNAMA

KOTA BHARU, 25 April- Mangsa penderaan seksual bawah umur akan dirujuk di Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC) di hospital disediakan bagi tujuan merawat dan memberi sokongan emosi dan kaunseling.
 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam tempoh itu juga kanak-kanak terbabit akan diberi perhatian agensi bertanggungjawab termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan majlis agama.
   
"Kita kena menangani perkara ini secara menyeluruh. Kita bersedia menggembleng tenaga pakar kita antara lainnya berkaitan pendidikan dalam konteks kesihatan seksual. Perkara ini sangat penting," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Perasmian Mini Karnival Jom Sihat@Kota Lama di sini.
 
Pada masa sama KKM sentiasa memberi sokongan untuk menangani kes jenayah di seluruh negara.
 
Dalam perkembangan lain, beliau mengharapkan lebih ramai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 memilih bidang perubatan untuk melengkapkan keperluan pakar perubatan di dalam negara.
 
Para pelajar perlu diberi pendedahan selain menyebarluaskan kepentingan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada masa hadapan.

Perkara tersebut dilihat akan memberi manfaat kepada masyarakat sekali gus membangunkan institusi kesihatan negara pada tahap mampan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI