fb fb fb fb fb

LRT Pulau Pinang, pelaksanaan fasa pertama dijangka hujung tahun - Kon Yeow

(Foto BERNAMA/Taman Bandar Arkeologi Sia Boey (gambar) berhampiran
Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) merupakan salah
satu lokasi pembinaan stesen Laluan LRT)

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pelaksanaan fasa pertama perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka bermula hujung tahun ini.

Kon Yeow berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana bersetuju memberi dana tambahan untuk pembinaan LRT tersebut.

"Kita bersyukur selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendengar permintaan daripada kerajaan Pulau Pinang. Akhirnya kerajaan pusat membuat keputusan untuk memikul tanggungjawab ambil alih. Tanggungjawab ini daripada pihak kerajaan negeri dan mengarahkan supaya projek LRT tersebut ditanggung kerajaan pusat," katanya dalam program bicara naratif khas di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Tambahnya, kerajaan negeri sebelum ini merancang untuk melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion, melibatkan projek LRT, monorel dan tiga buah lebuh raya yang dijadual siap pada tahun 2050.


(Foto BERNAMA/Taman Bandar Arkeologi Sia Boey (gambar) berhampiran
Kompleks Tun Abdul Razak 
(KOMTAR) merupakan salah
satu lokasi pembinaan stesen Laluan LRT)

Media Baharu