fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: Pelajar IPTA tidak cuti - KPT

(Foto BERNAMA)

HULU TERENGGANU, 20 Julai- Tiada cuti khas diberikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk pulang mengundi pada Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) pada 12 Ogos ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata situasi itu agak berlainan ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.

Katanya, para pelajar IPTA ketika itu dalam tempoh cuti semester dan sebahagian besarnya tidak menduduki ujian atau peperiksaan.

Hanya pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daripada enam negeri sahaja terlibat dan akan turun mengundi pada PRU DUN ke-15.

"Jadi memang tiada cuti. Hari mengundi dan ujian hanya melibatkan dua universiti sahaja. Peperiksaan telah habis dan rata-rata pelajar telah berada di kampung halaman," katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu di Plaza Rahmat OKB, Kuala Berang di sini.

Terdahulu, setiap cawangan BN di seluruh Parlimen Hulu Terengganu menerima sumbangan RM1,000 daripada UMNO Terengganu.

Sumbangan berkenaan melibatkan jumlah keseluruhan RM144,000 untuk 144 cawangan di Parlimen berkenaan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu