fb fb fb fb fb

Tembakan rambang di Auckland, tiada rakyat Malaysia terlibat

(Foto AFP)

PUTRAJAYA, 20 Julai- Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand.

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berkata menerusi laporan awal, kejadian itu telah meragut dua nyawa dan mencederakan enam yang lain.

Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah mati di tempat kejadian.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di +64-4-3852439 atau +64-210440188 (untuk kecemasan).

"Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya menerusi kenyataan.


(Foto AFP)

Media Baharu