fb fb fb fb fb

LPPKN tegaskan serangan siber ROOTK1T ke atas server iKnow bukan dari data PADU

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Februari - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menegaskan serangan siber ROOTK1T ke atas server iKnow LPPKN pada 19 Februari bukanlah data dari Sistem PADU (Pangkalan Data Utama) seperti yang tular di media sosial.

Sebaliknya ia merujuk kepada sistem iKnow LPPKN yang dinamakan PADU, salah satu unit di LPPKN.

"Folder tersebut hanya melibatkan dokumen berkaitan pra dan pasca program dilaksanakan oleh Unit PADU yang telah luput.

"LPPKN mengambil serius insiden serangan itu dan memberi jaminan, penyampaian perkhidmatan tidak akan terjejas dengan insiden itu kerana server terbabit hanya menyimpan fail sebagai rujukan dalaman sahaja," kata LPPKN menerusi kenyataan.

LPPKN turut memaklumkan, tindakan pemulihan dan pengukuhan sistem telah diambil pada hari yang sama.

"Imbasan penuh terhada folder terlibat dilaksanakan LPPKN bagi memastikan tiada perisian hasad (malware) berada dalam persekitaran server tersebut," kata LPPKN.

 

BERITA BERKAITAN:

 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN