KUALA LUMPUR, 20 Februari - Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) diminta untuk menyediakan serta melengkapkan modul khusus berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan modul itu perlu untuk menggariskan kaedah penggunaan serta kawal selia AI terutama dalam bidang komunikasi termasuk daripada aspek reka grafik, penerbitan dan penyiaran.
"Saya meminta IPPTAR teliti beberapa perkara, wujudkan modul khusus. Ini adalah untuk melengapkan dan melatih mereka sama ada pasukan dalam kementerian atau dalam kalangan setiausaha akhbar atau ketua unit komunikasi korporat mengenai cara penggunaan AI dan melalui latihan di IPPTAR," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama IPPTAR 2024, di Angkasapuri Kota Media, di sini.
Tambah Fahmi, beliau turut menyarankan agar kursus atau latihan yang disediakan bergerak selari dengan peredaran teknologi semasa dalam aspek komunikasi.