fb fb fb fb fb

Lori terbabas di Kepala Batas, kelindan disahkan maut

Foto JBPM Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 21 Ogos- Seorang kelindan lori ditemukan meninggal dunia susulan terlibat kemalangan di KM116 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Kepala Batas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.42 pagi mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah lori 5 tan yang terbabas melanggar pembahagi jalan.

Sebanyak sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi.

Setibanya ditempat kejadian, pihaknya mendapati terdapat dua mangsa di dalam lori berkenaan.

Pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan manakala kelindan lori yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pada pukul 6.45 pagi dengan menggunakan peralatan khas.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kemalangan.

Operasi ditamatkan pada pukul 7.59 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM