fb fb fb fb fb

Loke menyamar, rasai sendiri perkhidmatan LRT waktu puncak

(Loke turun padang tinjau sendiri situasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya/
FB Anthony Loke Siew Fook)

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turun padang meninjau sendiri situasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, hari ini.

Loke yang menyamar sebagai penumpang biasa merasai sendiri pengalaman menaiki LRT itu selama dua jam pada waktu puncak iaitu antara pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam tadi.

"Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

"Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari," katanya menerusi Facebook.

Menerusi perkongsian itu, Loke berkata beliau akan membangkitkan mengenai hala tuju dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam dalam mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana, minggu ini.

"Saya memahami kesulitan yang dihadapi penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita," katanya.

Loke dijadualkan memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Pengangkutan pada jam 8.15 pagi esok.

Beliau pernah memegang jawatan itu antara Mei 2018 hingga Februari 2020.

(FB Anthony Loke Siew Fook)

Media Baharu