fb fb fb fb fb

Alami tekanan hidup punca wanita larikan diri daripada pemeriksaan polis

Foto Fail

BATU GAJAH, 6 Disember- Akibat tekanan hidup dan berasa takut motif seorang wanita berusia 39 tahun melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Suspek yang kelihatan mencurigakan menggunakan kenderaan jenis MPV bertindak melarikan diri dengan memandu secara berbahaya menghala ke Jalan Gopeng, Jalan Ipoh-Kampar, Jalan Malim Nawar sebelum berhenti di lokasi jalan mati di Malim Nawar.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, suspek telah melanggar beberapa kenderaan polis dan hampir melanggar salah seorang anggota apabila kenderaannya dikepung.

Anggota polis melepaskan satu das tembakan pada tayar belakang kiri kenderaan terbabit sebelum suspek nekad memandu kenderaan melarikan diri daripada kepungan.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan di KM29 Jalan Ipoh-Lumut, setelah kenderaannya berhenti akibat kerosakan pada enjin dan tayar.

Hasil pemeriksaan pada kenderaan tidak menemui sebarang barangan salah dan suspek dibawa ke IPD Batu Gajah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). 

Suspek direman selama lima hari bermula dari 4 Disember 8 Disember 2022.


(Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif/Ihsan PDRM)

Media Baharu