fb fb fb fb fb

Loenardo AW149 penuhi penugasan cabang ATM

Tan Sri Mohd Asghar Khan (kanan) menyempurnakan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar.

ALOR SETAR, 13 Oktober - Pemilihan helikopter Leonardo AW149 menggantikan pesawat Nuri atau Sikorsky S-61 untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dilengkapi spesifikasi ketenteraan memenuhi keperluan penugasan cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Panglima TUDM, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, pertimbangan sewajarnya telah dibuat pihaknya selain aset itu mampu melaksanakan tiga penugasan utama iaitu mencari dan menyelamat (SAR), pencarian dan penyelamatan tempur (CSAR) serta utiliti.

"Helikopter Leonardo AW149 adalah versi ketenteraan. Sekiranya kontrak sewa beli itu dimeterai untuk tempoh 15 tahun, tidak perlu membuat sebarang penyelenggaraan.

"Jika kita memilih untuk mendapatkan helikopter jenis lain, kita mungkin perlu berbelanja lebih. Lagi pun kos operasi Leonardo AW149 ini juga mungkin lebih rendah daripada helikopter jenis lain," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas.

Sebelum ini, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz mempersoalkan pemilihan Leonardo AW149 mendakwa helikopter itu lebih untuk kegunaan awam di pelantar minyak, berbanding kegunaan untuk bertempur.

Trainee2