fb fb fb fb fb

Literasi kewangan perlu dimulakan di peringkat sekolah- Ahmad Maslan

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 22 November- Pengetahuan terhadap pengurusan kewangan di kalangan rakyat Malaysia berada di tahap kritikal.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata masyarakat khususnya golongan belia harus didedahkan dengan program literasi kewangan agar lebih bijak mengurus kewangan pada masa hadapan.

Justeru itu, beliau berkata berharap pengenalan mata pelajaran 'Kewangan dan Keusahawanan' dapat direalisasikan sebagai subjek khususnya di sekolah menengah agar golongan muda khususnya mendapat pendedahan dan pendidikan lebih awal mengenai pengurusan kewangan dan keusahawanan sebelum menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Satu daripada tiga rakyat Malaysia menganggap diri mereka mempunyai tahap pengetahuan kewangan yang rendah.

"Satu daripada sepuluh rakyat Malaysia, mereka tidak berdisiplin menguruskan kewangan dan satu daripada lima pekerja dewasa tempatan pula tidak menyimpan wang dalam tempoh enam bulan atau sebelumnya.

"Manakala satu daripada empat rakyat malaysia mampu menampung kos sara hidup selama sekurang-kurangnya tiga bulan atau lebih", kata Ahmad Maslan ketika berucap pada majlis penutup Kembara Bijak Wang 2023, anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di sini.

Program KBW2023 yang dianjurkan buat kali keempat sejak 2019 adalah hasil kerjasama antara Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan HSBC Malaysia bertujuan meningkatkan literasi kewangan menggunakan pendekatan digital dan menawarkan aktiviti mencabar serta pengalaman yang menyeronokkan.

Program tahun ini melibatkan 3,202 pelajar dari universiti tempatan, politeknik, kolej komuniti dan MySkills Foundation.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD