PUTRAJAYA, 22 November-Perkembangan dan pembangunan industri perabot hijau berpotensi menjadi sebagai ‘the next trillion dollar business’ kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut Fadillah industri berkenaan dapat meningkatkan industri perabot selain menyumbang kepada peningkatan ekonomi hijau di negara ini.
Tambahnya, pembuatan perabot hijau yang menggunakan bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan berbahaya berupaya mengurangkan pencemaran alam sekitar.
"Seperti yang kita semua sedia maklum, transformasi global ke arah pembangunan mampan berlaku dengan cepat. kita tidak mahu Malaysia terlepas peluang dalam persaingan ini,
"Oleh itu, saya berhasrat untuk melihat lebih banyak transformasi khususnya dalam industri perabot ke arah pembangunan mampan. Saya yakin, program Simposium Perabot Hijau Kebangsaan ini akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi khususnya ekonomi hijau negara", katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Simposium Perabot Hijau Kebangsaan 2023 di sini.