fb fb fb fb fb

Liputan rangkaian 4G, 5G di Pulau Pinang catat hampir 100% - Fahmi

Fahmi Fadzil

PERMATANG PAUH, 16 Februari-Liputan rangkaian 4G dan 5G di Pulau Pinang mencatat hampir 100 peratus setakat suku ketiga tahun lalu.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk (CoPA 5G) mencatatkan 90.3 peratus, manakala 4G telah mencapai 99.9 peratus.

Jelasnya, menerusi projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), beberapa projek naik taraf berjaya disiapkan.

Ia membabitkan naik taraf 120 struktur pemancar baharu, 2,106 naik taraf stesen pemancar (4G/LTE) dan 308,072 ketersediaan sambungan gentian optik (premis).

"Pada kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang yang telah banyak memberi kerjasama untuk permudah cara pembangunan infrastruktur komunikasi di negeri ini termasuk pelaksanaan program JENDELA 'point of present' ataupun POP pengurusan bencana pematuhan industri dan program advokasi strategik. Setakat ini, sejak akhir 2023 liputan 4G di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang telah mencapai 99.9 peratus manakala peratusan liputan 5G di kawasan berpenduduk adalah 90.3 peratus," katanya pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM