fb fb fb fb fb

Lima warga Indonesia hanyut, dihantar pulang

Lima warga Indonesia diserahkan kepada BASARNAS, di kedudukan 4.1 batu nautika barat daya Pulau Kukup

PONTIAN, 31 Oktober- Lima warganegara Indonesia yang hanyut di perairan Johor pada 6 Oktober lalu, selamat diserah kepada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Republik Indonesia, petang semalam.

Proses serahan dilaksanakan di kedudukan 4.1 batu nautika barat daya Pulau Kukup, di sini.

Pengarah Maritim Johor Nurul Hizam Zakaria dalam kenyataannya berkata, "semua lelaki berusia 21 hingga 48 tahun itu dilapor hanyut apabila bot dinaiki dipukul ombak besar ketika di perairan Tanjung Balai, Karimun Indonesia."

Bot kayu tersebut pecah dan tenggelam, menyebabkan semua mangsa berpaut pada sisa bot sebelum diselamatkan kru kapal dagang yang lalu di kawasan berkenaan.

Proses penyerahan semalam berjalan lancar sambil dihadiri Kepala Kantor SAR Tanjung Pinang, Slamet Riyadi dan wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Jati Heri Winarto.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI