fb fb fb fb fb

Lima stesen LRT3 dijangka siap suku keempat 2027

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijangka siap pada suku keempat 2027 dan akan mula beroperasi pada suku kedua 2028.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata setakat ini, Prasarana Malaysia Berhad sedang memuktamadkan butiran teknikal dan kewangan bagi perjanjian kontrak tambahan.

"Kos asal projek LRT3 yang diluluskan pada tahun 2015 adalah sebanyak RM31.65 bilion. Namun, selaras dengan langkah penjimatan oleh kerajaan, kos tersebut telah dikurangkan menjadi RM16.63 bilion melalui pengurangan skop projek," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau turut memaklumkan skop reka bentuk stesen akan bermula pada suku pertama tahun depan, manakala kerja-kerja fizikal dijangka bermula pada suku keempat 2025 dan dijadualkan siap dalam tempoh dua tahun.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN