fb fb fb fb fb

Lima sekeluarga maut kereta bertembung treler

(Tiga jentera bersama 13 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik pusat gerakan operasi
Bomba Pahangmenerima laporan kemalangan)

PEKAN, 28 Jun- Lima sekeluarga termasuk seorang bayi maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan treler di Jalan Gambang-Muadzam, dekat Kampung Pulau Manis, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden di Jalan Gambang-Muadzam Shah pukul 3.17 petang.

"Pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Taman Tas terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa.

"Tiga jentera bersama 13 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik pusat gerakan operasi Bomba Pahang menerima laporan kemalangan itu.

"Semua mangsa dikeluarkan dari kereta jenis Toyota menggunakan peralatan khas menyelamat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa tercedera dihantar ke hospital untuk rawatan, katanya.

(Pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Taman Tas
terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa)

 

 

Media Baharu