(Pada aksi akhir yang berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul
338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya)
KUALA LUMPUR, 28 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan memenangi pingat gangsa bagi acara 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary hari ini.
Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook berharap kejayaan yang diraih Pandelela akan menjadi pendorong kepada mereka yang akan beraksi dalam acara-acara seterusnya.
“Saya doakan beliau meraih pingat seterusnya semasa acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri, Khamis ini,” kata Perdana Menteri.
Pada aksi akhir yang berlangsung di Arena Duna, atlet kelahiran Sarawak itu berjaya mencatat 338.85 mata untuk berada pada kedudukan podium, memperbaiki catatan pusingan kelayakan.
Sementara itu, juara dunia 2019, Chen Yuxi meraih pingat emas dengan kutipan 417.25 mata.
Manakala pemenang emas Olimpik Tokyo, Quan Hongchang berada ditempat kedua dengan mengutip 416.96 mata.
(Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook berharap kejayaan yang diraih Pandelela akan menjadi pendorong
kepada mereka yang akan beraksi dalam acara-acara seterusnya/FOTO FB ISMAIL SABRI