fb fb fb fb fb

Lima sekeluarga maut dalam nahas babitkan dua kenderaan di Gerik

IPOH, 23 Julai- Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Timur Barat arah Gerik-Jeli berdekatan Hentian Titiwangsa di Gerik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Gerik menerima panggilan mengenai nahas itu pada pukul 3.45 petang. 

Beliau berkata, insiden tersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

"Kesemua mangsa yang disahkan meninggal dunia menaiki Perodua Alza manakala dua lagi, yang menaiki Toyota Hilux, hanya cedera ringan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rodhi Othman, 58; Ahmad Khomaini Abu, 30; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5 tahun," katanya.

(Kenderaan jenis Toyota Hilux remuk dan terbalik selepas terbabit nahas di lokasi kejadian)

Tambah beliau, kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu