fb fb fb fb fb

Lima kru vesel nelayan tempatan ditahan, beroperasi di zon larangan

Lima kru vesel nelayan tempatan ditahan, beroperasi di zon larangan

MERSING, 16 Julai - Seramai lima kru vesel nelayan tempatan ditahan selepas beroperasi secara mencurigakan, di perairan Mersing, Johor, pada 12.15 tengah malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin menerusi kenyataan berkata penahanan dibuat berhampiran 4.5 Batu nautika tenggara, Pulau Tinggi, iaitu kawasan diwartakan sebagai zon larangan perikanan.

Beliau berkata kelima-lima suspek lelaki, 34 hingga 50 tahun, turut beroperasi di luar waktu dibenarkan.

Sementara vesel dikendalikan kru bukan pemilik asal itu turut menunda ikan, kurang lima batu nautika dari daratan.

Perbuatan tersebut merupakan kesalahan yang melanggar Akta Perikanan 1965.

Vesel yang digunakan, hasil tangkapan dan peralatan perikanan, telah dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading, Pahang untuk siasatan lanjut.

ROSLINA BINTI DIN