fb fb fb fb fb

LIMA diharap terus bawa kejayaan kepada Malaysia - PM

(Foto Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA‘23) diharap akan terus membawa kejayaan kepada Malaysia dalam penganjuran akan datang.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap acara dwitahunan itu kekal membawa pulangan berganda meliputi sektor ekonomi, perdagagan, pertahanan dan keselamatan.

"Semestinya besar harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim sekali gus merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia," katanya.

LIMA ‘23 yang merupakan edisi ke-16 bertemakan 'Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia' bermula Selasa lepas berakhir semalam.

LIMA edisi seterusnya dijangka berlangsung pada Mei 2025.


(Foto Anwar Ibrahim)

Media Baharu