KOTA TINGGI, 28 Mei - Seorang ibu, 64 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sri Perani-Lok Heng, Kota Tinggi, Johor pukul 7:15 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora memaklumkan, anak lelaki mangsa,27 yang memandu kereta terlibat nahas terselamat dan hanya cedera ringan di bahagian siku.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku, selepas kereta berkenaan hilang kawalan, dan terjatuh ke bahu jalan, mengakibatkan kereta terbabas ke kanan jalan lalu memasuki longkang.
Mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.