(Foto Fahmi Fadzil)
IPOH, 28 Mei- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu salah guna hak cipta karya terbitan media oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata perbincangan mengenainya turut akan dilakukan bersama penyedia platform media sosial.
"Di peringkat organisasi media mengadakan satu perbincangan dan mungkin kata sepakat antara rakan-rakan media. Kita juga menjemput wakil platform media sosial untuk mendengar dan mendapatkan pandangan serta mewujudkan satu saluran mengekang salah guna IP daripada rakan wartawan.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan pelaksanaan rang undang-undang menuntut gergasi teknologi seperti Google dan META membayar kandungan berita kepada syarikat media tempatan.
Fahmi berkata beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama organisasi media dan pihak kementerian untuk mendapat pandangan umum mengenai perkara tersebut.
"Kita telah bawa beberapa pandangan ini kepada perdana menteri. Bagaimanapun masih di peringkat awal kerana terdapat beberapa perkembangan di negara lain yang menampakkan sedikit tentangan dan cabaran tapi apa yang berlaku di negara lain tidak semestinya berlaku di Malaysia. Kita ambil maklum dan akan selesaikannya mengikut keperluan di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.
Sebelum ini, Kanada memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Berita Dalam Talian yang bertujuan membantu industri berita yang berdepan 'krisis' selepas beratus-ratus penerbitan berita ditutup dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

(Foto Fahmi Fadzil)