KUALA LUMPUR, 28 Mei- Program Generational Endgame Advocacy Roadshow Run (GEGARUN) bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai lebih 1,000 orang.
Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata program ini perlu diteruskan agar semua aktiviti kesihatan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
"Komitmen dan sokongan semua pihak penting dalam memastikan aktiviti anjuran KKM berjalan lancar.
"KKM berharap rakyat Malaysia berada dalam keadaan sihat sejahtera serta bebas rokok," katanya kepada pemberita di sini.
Acara larian itu anjuran Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau (MyWatch) dengan kerjasama pelbagai agensi.
Ia merupakan usaha mempromosi hasrat KKM dalam membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk merokok serta peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG).
(Komitmen dan sokongan semua pihak penting dalam memastikan
aktiviti dianjurkan KKM berjalan lancar)