(Foto Fahmi Fadzil)
IPOH, 28 Mei- Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tetapi juga perlu berani melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata media sedemikian diperlukan dalam memastikan suara semua pihak dapat didengar dan diberi perhatian.
"Malaysia ditempatkan di kedudukan ke-73 dalam 'Index World Press Freedom 2023' yang dikeluarkan pertubuhan 'Reporters Without Borders', kedudukan tertinggi yang belum pernah dicapai Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini dan ia tidak seharusnya dipandang enteng, kerana masih terdapat banyak usaha yang perlu dilaksanakan.
“Jadi saya harap dalam tempoh beberapa hari ini, rakan-rakan media dapat duduk berbincang, menambah buah fikiran yang bukan sahaja akan dapat meluaskan pandangan kita, tapi juga akan mencari ikhtiar mengenai apa yang perlu kita lakukan demi masa depan industri ini," katanya ketika perasmian Forum Media Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh.
Forum itu dianjurakan bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).
(Foto Fahmi Fadzil)