IPOH, 28 Mei- Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil merasmikan Forum Media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Hotel Casuarina Meru di sini.
Turut hadir, Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching.
Forum Media menyaksikan penyertaan lebih 100 pengamal media termasuk wakil agensi berita, media cetak, media elektronik, portal online, termasuk kelab dan persatuan media.
Antara ahli panel terlibat, Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman, Ketua Editor Jakarta Post M Taufiqurrahman dan Penasihat Kanan Persatuan Para Pengiklan Malaysia, Mohammad Kadri Taib.
Ia diadakan selama tiga bermula 27 hingga 29 Mei ini.
Bertemakan 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi', HAWANA 2023 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat hari ini.
(Ia diadakan selama tiga bermula 27 hingga 29 Mei ini)