fb fb fb fb fb

LIMA'25: Pacu pemodenan pertahanan melalui pemerkasaan aset terkini

Foto RTM

LANGKAWI, 21 Mei- Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'25) merupakan platform penting untuk mempamerkan aset-aset termoden dalam sektor maritim dan aeroangkasa.

Titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, peluang itu harus dioptimumkan oleh para pemegang taruh bagi memodenkan keupayaan angkatan masing-masing demi menghadapi pelbagai bentuk ancaman pada masa kini dan akan datang.

"Perkara paling mustahak ketika ini daripada perspektif strategik ialah persekitaran keselamatan dan geostrategik yang tidak menentu.

"Ini termasuk kewujudan pelbagai bentuk ancaman seperti ketidaktentuan hubungan kuasa-kuasa besar, kompleksiti kejiranan Asia Tenggara, serta ancaman keselamatan bukan tradisional seperti keganasan dan ekstremisme.

"Selain itu, ancaman siber, ancaman keselamatan maritim, bencana alam dan sebagainya yang melibatkan Implikasi terhadap keselamatan negara dan serantau," titah Baginda menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM