fb fb fb fb fb

LIMA’25 catat rekod pengunjung tertinggi dalam sejarah

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada majlis penutupan LIMA’25 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

LANGKAWI, 24 Mei – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) mencatat kehadiran kira-kira 450,000 pengunjung, menjadikannya antara edisi paling berjaya dalam sejarah penganjuran acara itu.

Statistik itu merangkumi pelawat industri, delegasi antarabangsa serta pengunjung awam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, angka tersebut menunjukkan sambutan luar biasa terhadap LIMA’25 meskipun cuaca tidak menentu sepanjang penganjuran.

Beliau berkata, walaupun hujan lebat pada hari penutup, ribuan pengunjung tetap hadir ke tapak pameran dan menyaksikan pertunjukan aerobatik yang berlangsung.

Selain kehadiran pengunjung yang tinggi, lebih 2,000 pertemuan perniagaan turut direkodkan sepanjang lima hari acara berlangsung.

LIMA terus berperanan sebagai platform penting dalam memperkukuh jaringan industri pertahanan global dan memperkenalkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan LIMA’25 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN