fb fb fb fb fb

LIMA'25: Ekonomi komuniti tempatan catat peningkatan sehingga 75 peratus

Pensyarah Kanan (Ekonomi), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Terengganu, Dr. Mohd Khairi Ismail

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kehadiran peserta antarabangsa dan pelawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) telah memberi impak positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi tempatan.

Pensyarah Kanan (Ekonomi), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Dr. Mohd Khairi Ismail berkata, perkembangan ekonomi komuniti tempatan telah meningkat sehingga 75 peratus melibatkan industri pelancongan, pelaburan dan pembangunan industri tempatan.

"Penganjuran LIMA'25 secara tidak langsung telah memberi keuntungan kepada peniaga kecil, peruncit dan sebagainya". Pada masa sama, ia turut menjadi faktor perkembangan sektor pelancongan di Langkawi sekali gus memberi peluang pekerjaan serta memberi pendapatan kepada komuniti setempat," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Sebanyak 426 syarikat antarabangsa dan 434 buah syarikat tempatan menyertai LIMA'25 berbanding LIMA’23 yang hanya menampilkan 299 syarikat antarabangsa dan 249 buah syarikat tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa LIMA'25 bukan hanya sekadar pameran tetapi juga menjadi platform untuk memperkasa syarikat tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar mampu menembusi pasaran antarabangsa selain mempromosi produk dan budaya tempatan serta melonjakkan lagi pelancongan komuniti dan negara.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE