fb fb fb fb fb

Li Qiang diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana

Li Qiang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dataran Perdana, Putrajaya

PUTRAJAYA, 19 Jun- Perdana Menteri China Li Qiang, yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, di sini.

Li, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba pada pukul 9.30 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Li kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.

Majlis itu turut dihadiri, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Li dan Anwar kemudiannya mengadakan pertemuan dua hala untuk membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

Ini merupakan kunjungan sulung Li, sejak menyandang jawatan itu pada Mac tahun lepas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI