fb fb fb fb fb

LHDN minta pemohon kemas kini permohonan

KUALA LUMPUR, 18 Mac - Pemohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diminta mengemas kini permohonan bagi memastikan data kekal relevan untuk dilaksanakan pada tahun ini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN berkata penerima yang tidak mengemas kini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan Bantuan Sara Hidup 2020, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 perlu berbuat demikian.

"Penerima STR fasa satu yang mempunyai perubahan maklumat terkini perlu mengemas kini permohonan.

“Sebagai panduan mengenai permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR, pemohon boleh membuat rujukan kepada set Soalan Lazim (FAQ) STR 2023 dan yang telah dimuat naik pada portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/,” menurut kenyataan itu pada hari ini.

Pemohon boleh menghubungi talian Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Live Chat serta mengemukakan maklum balas di portal rasmi HASiL di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan.

Media Baharu