fb fb fb fb fb

12 lagi pam air akan digunakan, atasi banjir bergenang di Batu Pahat

BATU PAHAT, 18 Mac- Sebanyak 12 lagi pam air akan digunakan bagi menyedut air dari kawasan banjir bergenang di sekitar Batu Pahat, Johor.

Masalah banjir bergenang itu dijangka selesai sebelum Ramadan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ketika ini, 61 pam beroperasi 24-jam bagi mempercepat proses menurunkan paras air di Sri Medan, Parit Jelutong dan Parit Raja.

"Alternatif lain juga sedang diusahakan termasuk kerja-kerja mendalamkan sungai-sungai di daerah tersebut," katanya.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Southern Volunteers turut melaksana misi pasca banjir selama empat hari mulai esok, melibatkan 531 sukarelawan daripada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan belia, NGO dan badan korporat.

Setakat 8 pagi tadi, banjir di Johor dilaporkan  semakin surut dengan jumlah mangsa yang masih berada di 83 pusat pemindahan sementara (PPS) ialah 21,127 orang, melibatkan dua daerah iaitu di Batu Pahat dan Segamat.

Media Baharu