Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersidang pagi esok – Hannah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh turut memaklumkan, pihaknya telah dipanggil untuk hadir ke mesyuarat berkenaan./ RTM

KUALA LUMPUR, 10 September – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijadual mengadakan mesyuarat pada 8.30 pagi esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hannah sahkan beliau dan pihaknya dipanggil menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.
  • Hannah enggan mengulas mengenai perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.
  • Media lapor lembaga dijangka membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan beliau akui pihaknya telah dipanggil untuk hadir ke mesyuarat berkenaan.

Hannah bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Saya boleh sahkan esok 8.30 pagi ada mesyuarat pengampunan, kita telah dipanggil,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Fasa Kelapan Program Mamogram Percuma Etiqa dengan Kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Hannah merupakan anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berdasarkan kedudukannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Media sebelum ini melaporkan lembaga berkenaan dijangka bersidang minggu ini, dengan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antara perkara yang bakal dibincangkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.