fb fb fb fb fb

Lelaki warga Pakistan maut ditimpa konkrit parit di Nilai

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

NILAI, 29 Mac- Seorang lelaki warga Pakistan maut akibat ditimpa runtuhan konkrit parit di Jalan Permata 2, Arab Malaysia Industrial Park Nilai, sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.13 malam.

Lapan angota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Bakarya Mohd Salleh bersama jentara dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mangsa kemudian berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 8.38 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

SITI AISHAH MD ISA