fb fb fb fb fb

Lelaki warga Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik ditahan

(Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao/FOTO FB
Polis Klang Daerah Utara)

KUALA LUMPUR, 27 November- Polis menahan seorang lelaki warga Bangaladesh di Klang pada Sabtu selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar kediamannya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an itu pada kira-kira 12.40 tengah hari.

"Pengerusi komuniti penduduk telah cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain tidak mahu membetulkan kedudukan bendera berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menangkap suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang plastik sekitar Klang.

"Suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. 


(FOTO FB Polis Klang Daerah Utara)

Dalam masa sama, katanya, pihak polis menasihati orang ramai sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

Katayna, tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih terdapat individu yang dikesan melakukan perbuatan seumpama itu.

Media Baharu