fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Dua PPS masih dibuka

IPOH, 27 November- Seramai 199 penduduk terjejas banjir daripada 63 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS), di sini setakat pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata sebanyak dua PPS masih dibuka di dua daerah berbeza.


(Foto BERNAMA)

PPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai di daerah Manjung menempatkan 182 penduduk terjejas banjir daripada 57 keluarga.
 
Manakala, PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 17 penduduk terjejas banjir daripada enam keluarga. 

Media Baharu