fb fb fb fb fb

Warisan zahir sokongan kepada PM, mahu isu MA63 dilaksana secara berperingkat

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 27 November - Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan antara perkara yang dibangkitkan Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata MA63 perlu dilihat secara lebih serius oleh kerajaan dan berharap segala perkara tertunggak dalam perjanjian itu dapat dilaksanakan secara berperingkat.

(Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal / FOTO BERNAMA)

“Ya, saya ada bangkitkan tentang MA63 tadi. Kami mahu pelaksanaan MA63 dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Ditanya mengenai keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak, Mohd. Shafie berkata perkara itu tidak dibincangkan pada pertemuan berkenaan.

Media Baharu