fb fb fb fb fb

Empat kenderaan rosak di hempap pokok tumbang di Pandan Jaya

(FOTO IHSAN JBPM SELANGOR)

KUALA LUMPUR, 27 November - Empat kenderaan rosak apabila dihempap pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya dan di Jalan Pandan berikutan hujan lebat dan angin kencang, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kedua-dua kejadian berkenaan.

(FOTO IHSAN JBPM SELANGOR)

“Pihak bomba menerima panggilan kejadian pertama pada 3.13 petang dan tiba di lokasi kejadian di Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya 10 minit kemudian dan mendapati terdapat sebatang pokok tumbang menghempap dua motosikal yang diletakkan di bawah pokok berkenaan.

“Panggilan kedua diterima pada 3.38 petang melaporkan terdapat pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya yang menghempap sebuah kereta Proton Waja dan sebuah van Nissan Vanette di bawah pokok berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Norazam berkata kerja mengalihkan pokok tumbang di kedua-dua lokasi berkenaan selesai dilakukan.-BERNAMA

Media Baharu