fb fb fb fb fb

Lelaki maut terjun sungai ketika dikejar polis

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

MARANG, 24 Mac- Seorang lelaki berusia 18 tahun ditemukan lemas di Sungai Kerak di sini, Terengganu, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang mengenai kejadian itu pada pukul 11.37 malam tadi.

Bertindak atas maklumat, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang bersama Unit Khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuala Terengganu digerakkan ke lokasi kejadian.

"Laporan oleh Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Toyyibah Taib selaku Komander Operasi Kanan menyatakan kejadian itu melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun yang telah terjun ke dalam sungai setelah dikejar oleh pihak polis," menurut kenyataan JBPM Terengganu hari ini.

Mayat mangsa kemudian ditemukan pada pukul 4.20 pagi tadi.

Ia dijumpai di dasar sungai terbabit pada kedalaman 2.5 meter (m) iaitu 10m dari lokasi mangsa dilaporkan terjun.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA