fb fb fb fb fb

Trafik perlahan: Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik

Semua lorong masih terhalang dan laluan kontra terus diaktifkan di KM262.65 - KM263.75/Foto FB PLUS Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Semua lorong arah utara lebuhraya utara selatan PLUS terhalang susulan nahas membabitkan treler awal pagi tadi.

PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, kemalangan berlaku di Kilometer 262.9 (arah utara) di antara laluan Ipoh Utara ke Terowong Menora.

Setakat 8.22 pagi tadi, kerja pengalihan dan pembersihan sedang dijalankan.

Oleh itu, laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.

Kemalangan itu juga menyebabkan trafik perlahan sepanjang 2 kilometer.

Sehubungan itu, pengguna yang dalam perjalanan ke arah utara diminta menggunakan laluan alternatif, keluar di Plaza Tol Ipoh (S).

GRACE AISYAH KEDAYAN