fb fb fb fb fb

Lelaki maut, kereta putus dua rempuh pokok

KUCHING, 20 Ogos- Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya selepas kenderaan dipandu hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Bako pukul 2.00 pagi tadi.

Insiden menyebabkan kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk dan terputus dua.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Annuar Sabri berusia dalam lingkungan 30-an.

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kampung Bako dari arah pusat bandar.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan," katanya ketika dihubungi RTM.

(Keadaan kereta mangsa yang terputus dua selepas rempuhan)

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu