fb fb fb fb fb

Kebolehpasaran pelatih GiatMARA cecah 86 peratus

KANGAR, 20 Ogos- Kebolehpasaran pelatih GiatMARA dalam pasaran kerja kini mencapai tahap 86 peratus bagi tempoh enam bulan hingga satu tahun selepas graduasi.

Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Datuk Jabar Azman Jaafar berkata, generasi muda disaran merebut peluang latihan yang disediakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang yang diperlukan negara.

Jelas beliau terdapat 231 GiatMARA beroperasi di seluruh negara dengan 640 program pengajian ditawarkan bagi tempoh antara tiga bulan hingga dua tahun.

"Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dilihat cenderung memilih melanjutkan pengajian di GiatMARA bagi meningkatkan kemahiran.

Statistik menunjukkan seramai 5,803 daripada 7,877 pelatih ambilan sesi Julai lalu terdiri daripada lepasan SPM," katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi GiatMARA 2022 di sini.

(94 pelatih tamatkan latihan pada Majlis Graduasi GiatMARA 2022)

Majlis graduasi melibatkan 94 pelatih yang telah menamatkan latihan di tiga GiatMARA di Perlis.

Media Baharu