fb fb fb fb fb

Lelaki maut, kereta dipandu langgar pembahagi jalan

Kemalangan berlaku di Kilometer 141 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara, berhampiran Juru di sini, awal pagi ini/ Foto JBPM

BUKIT MERTAJAM, 29 Februari- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 141 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara, berhampiran Juru di sini, awal pagi hari ini.

Mangsa, R.Aravin, 26, yang memandu kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 pagi.

"Sebaik tiba seorang lelaki ditemukan tersepit di ruang pemandu.

"Tindakan komander operasi ialah membuat "size up" dan dengan menggunakan peralatan khas "rescue tool" melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan lelaki yang tersepit itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan dia telah meninggal dunia.

Mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI