MARANG, 12 Jun- Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari pokok kelapa di Kampung Rhu Muda, Marang.
Mayat mangsa ditemukan di bawah pokok berkenaan dalam keadaan tertiarap dan tersembam ke tanah.
Ketua Polis Daerah Marang, Penguasa Polis (SUPT) Mohd. Sofian Redzuan berkata, mangsa dipercayai keluar rumah sehari sebelum kejadian namun tidak pulang sehinggalah ditemukan.
Turut dijumpai seutas tali panjang, sebilah parang dan sebuah kereta sorong milik mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.