fb fb fb fb fb

Lelaki maut dihempap dahan pokok

Mangsa dikatakan cuba menebang pokok, namun dahan itu patah dan terkena kepala mangsa.

SIK, 26 Disember- Seorang lelaki maut selepas dihempap dahan semasa menebang pokok di Kampung Lubuk Besar Hujung Bandar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP  Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Othman Kasim, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Dalam satu kenyataan beliau memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku pukul 6 petang  semasa mangsa bersama sepupu sedang bergotong royong menebang pokok .

Mangsa dikatakan cuba menebang pokok, namun dahan itu patah dan terkena kepala mangsa.

Kejadian menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri .

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 6.40 petang .

Kes di klasifikasikan sebagai kematian mengejut.

ZEHRA BINTI ZAMBRI