fb fb fb fb fb

707 penduduk terjejas banjir di Pahang setakat 11.45 pagi

Kampung Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut dinaiki air/FOTO Pertahanan Awam

JERANTUT, 26 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 707 orang daripada 172 keluarga setakat 11.45 pagi tadi.

Bilangan itu bertambah berbanding 600 orang daripada 141 keluarga di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semalam.

Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 15 PPS di buka pagi ini yang menempatkan 172 keluarga.

Daripada jumlah itu, sembilan PPS telah dibuka bagi daerah Raub dan enam PPS di daerah Lipis.

1 PPS di Raub dibuka pada hari ini bagi menempatkan 9 individu daripada 2 keluarga berlindung di PPS Balairaya Kampung Lentang.

Sementara itu, menurut laman web Publik Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai di Pahang kini melepasi paras bahaya membabitkan daerah Jerantut, Pekan, Maran dan Rompin.

Sungai terbabit ialah Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang (Jerantut), Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini (Pekan), Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran); selain Sungai Pukin dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia (Rompin).

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN